soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Perarakan Maulidur Rasul

 

Pada 14 Januari  2014, bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, Selasa,  Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengikuti  Perarakan sempena Maulidur Rasul. Perarakan ini bermula dari Dataran Shah Bandar ke Stadium Negeri iaitu sejauh 2.5 km. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 35 peserta dari Jabatan Perhutanan Negeri serta peserta-peserta lain yang terdiri dari jabatan-jabatan awam dan swasta negeri Terengganu.

Program Lawatan Ke Sabah

KUALA TERENGGANU, 26-29 Disember 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan Program Kerjasama Teknikal Dalam Bidang Rekreasi Dan Ekopelancongan Hutan Ke Jabatan Hutan Negeri Sabah dan Taman-Taman Sabah. Di dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan ekopelancongan sebagai penjana ekonomi Kerajaan Negeri, program lawatan ini disertai oleh 27 orang kakitangan Jabatan daripada pelbagai peringkat perjawatan yang berkhidmat samaada di Ibu Pejabat JPNT dan Daerah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Rekreasi.

Program ini melibatkan perkongsian maklumat dengan pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sabah dan pihak Pengurusan Taman-Taman Sabah didalam segala aspek berkaitan perhutanan. Jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua Jabatan ini ini amat penting untuk diaplikasikan di JPNT selain daripada mengeratkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua Jabatan. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat dan menimba pengetahuan dengan lebih mendalam berkaitan aspek perhutanan, pengurusan di kawasan rekreasi dan ekopelancongan di Sabah.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 JPSM

apc raya2013Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri G. Palanivel sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Semua Warga Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dijemput hadir.

AUDIT PEMANTAUAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MC&I (HUTAN ASLI)

forest

Audit Pemantauan Pensijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) bagi FMU Terengganu akan dijalankan pada 2 -5 September 2013 oleh SGS (M) Sdn. Bhd. Standard MC&I (Hutan Asli) ini berdasarkan kepada beberapa Prinsip, Indikator, Aktiviti dan Verifiers dan penting untuk pengekalan sumber hutan di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

SEMINAR EKSPEDISI SAINTIFIK KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN GUNUNG TEBU, TERENGGANU

gunung tebu

Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Tebu, Terengganu akan diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 10 – 12 Spetember 2013. Seminar ini membincangkan hasil penemuan yang telah dikumpul untuk tujuan mendokumentasi Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi yang telah diadakan pada 8 – 13 Julai 2012.