soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya diadakan pada 21 Mac 2021 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Program ini adalah anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, manakala bagi sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diadakan di Taman Botani Kepong, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersekali dengan Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia secara atas talian.

Sambutan Hari Hutan Antrabangsa merupakan program tahunan dimana pengisytiharan Hari Perhutanan Sedunia telah dipersetujui oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FOA) pada 21 Mac 1972 dan disambut oleh 20 buah Negara di seluruh dunia dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya untuk kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar. 21 Mac ini dipilih kerana tarikh tersebut merupakan hari pertama bermulanya musim bunga di Hemisfera Utara. Pokok-pokok mula bertunas semula dan menghijau setelah melalui tempoh dorman sepanjang musim sejuk.

Bermula pada tahun 2013, Hari Perhutanan Sedunia dikenali sebagai Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests). Perubahan nama ini adalah selaras dengan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) pada bulan November 2012. Malaysia telah menyambut Hari Hutan Antarabangsa yang pertama pada tahun 2013 di Negeri Pahang Darul Makmur.

sambutanHariHutan2021 2 600x400

sambutanHariHutan2021 3 600x400

sambutanHariHutan2021 4 600x400

sambutanHariHutan2021 6 600x400

sambutanHariHutan2021 7 600x400

 

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025. Kempen ini telah dirasmi dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5 Januari 2021 di kediaman rasmi beliau. Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan liputan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

Pelancaran Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat Negeri Terengganu telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 5 Januari 2021 di kediaman rasmi Seri Iman, Kuala Terengganu dengan simbolik menanam pokok Penaga Lilin (Mesua ferrea). Kempen penanaman 100 juta pokok ini turut mendapat sambutan warga UniSZA kampus Besut, Warga Kolej Ranaco, MPKK Kampung Getang, Merbau Pulas, Cherang Nibong, Tajin Hulu Terengganu, komuniti Kampung Bari Kecil, Kampung Telaga Papan Setiu, Komuniti Dungun, Komuniti Kampung Kenak dan Kampung Bukit Wan, bersama-sama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan menanam pelbagai pokok menandakan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia.

programTanamPokok1 500x400

programTanamPokok2 500x400

programTanamPokok3 500x400

programTanamPokok4 500x400

programTanamPokok6 500x400

programTanamPokok5 500x400