soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Lawatan Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang

Pada 17 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang. Lawatan diadakan selepas Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Turut hadir Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Lawatan di Warisan Pahlawan Resort memberi pendedahan kapada pengunjung mengenai keunikan rumah warisan dan seni ukir kayu yang halus. Program yang diadakan di Warisan Pahlawan Resort ialah Majlis Sambutan Hari Kelahiran Pengarah & Kakitangan dan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (Januari 2015) Pejabat Hutan Dearah Terengganu Barat.

LW1

LW2

LW3

LW4

 

 

 

Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat

Pada 17 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Bil.2/2015 dan Majlis Tanaman Pokok di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Turut hadir Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

TP 1

TP 2

 

TP 3

Majlis Penyerahan 12 unit (Buah) Kenderaan Jabatan

Pada 3 Februari 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan bertempat di Dewan Batu 6, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara. Turut hadir program ini, Tuan Haji Azmi Bin Nordin Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Program ini disertai 40 orang termasuk pegawai dan kakitangan.

MPK2

MPK3

MPK4

MPK5

MPK6

MPK1

Lawatan Tapak Semaian, Ajil

Lawatan tapak semaian telah diadakan di Tapak Semaian Ajil, Terengganu pada 3 Februari 2015. Projek Tapak semaian, Ajil masih dalam proses pembaikian. Turut serta lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

LawatanTapak2

LawatanTapak3

LawatanTapak4

Lawatan Tapak Semaian Chalok, Setiu

Lawatan tapak semaian telah diadakan di Tapak Semaian Chalok Setiu, Terengganu pada 26 Januari 2015, selepas program gotong royong membersihkan Hutan Lipur Lata Tembakah. Turut serta lawatan ini ialah Tuan Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

TP1

TP2

TP3

TP4