1Akses
  • Bahasa Lain

greenbluered



Lawatan Berilmu ke Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd.

{gspeech style=1 language=ms}

DSC00749 Pada 14 April 2013, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Lawatan Berilmu ke Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd., Kompleks Perindustrian Petroleum Kerteh, Dungun, Terengganu. Lawatan ini diketuai oleh Y.Bhg. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Nordin dan diiringi oleh 40 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Persekitaran Selamat dan Sihat (HSE) untuk menjalankan kerja-kerja di lapangan. Adalah diharap lawatan seperti ini dapat meningkatkan tahap kesedaran kakitangan JPNT mengenai kepentingan dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat bekerja.

{/gspeech}

Kursus Penguatkuasaan Siasatan, Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 & Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK)

{gspeech style=1 language=ms}

DSC 0176Kursus Penguatkuasaan Siasatan, Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 dan EIBK telah diadakan pada 7-11 April 2013 di Merang Suria Resort, Setiu dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian termasuk Pegawai-pegawai Hutan Daerah, Pegawai-pegawai Kanan dan juga anggota berpakaian seragam. Kursus ini bertujuan untuk melatih dan memperkemaskan pegawai dalam menjalankan proses serbuan dan siasatan berhubung kes-kes kesalahan hutan serta industri berasas kayu. Kursus ini diadakan dengan kerjasama dari pihak Polis DiRaja Malaysia dan Bahagian Perundangan dan Pe ndakwaan, Ibupejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

{/gspeech}

MOUNT BEREMBUN GREEN CHALLENGE 2013

{gspeech style=1 language=ms}

Tahniah diucapkan kepada 3 peserta yang telah mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dalam larian Mount Berembun Green Challenge 2013 yang telah diadakan pada 16 Mac 2013 di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun. Larian yang dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) ini melibatkan 680 orang peserta dari seluruh pelusuk negara dan juga antarabangsa mempertandingkan beberapa kategori larian di antara 14.2 km sehingga 28 km.

JPNT telah memenangi tempat pertama melalui Cik Che Engku Nor Amiza, manakala Cik Veronica dan Cik Maziah masing-masing mendapat tempat ke-8 dan ke-24 bagi Kategori Wanita (Tertutup). TAHNIAH sekali lagi diucapkan buat semua!!!

{/gspeech}

SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA 2013

{gspeech style=1 language=ms}

Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 telah diadakan pada 21 Mac 2013 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, Pahang dengan tema “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang.

{/gspeech}

PERARAKAN MAULIDUR RASUL TAHUN 1434H/2013M PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

{gspeech style=1 language=ms}

Pada 24 Januari 2013 yang lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul Tahun 1434H/2013M Peringkat Negeri Terengganu. Seramai 36 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, Renjer-renjer Hutan dan lain-lain telah berarak dari Dataran Syahbandar pada jam 8.00 pagi.

Perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W di sepanjang perjalanan sejauh 2.5 km dan berakhir di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud.

{/gspeech}