soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Tebu, Terengganu

Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Tebu, Terengganu akan diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 10 – 12 Spetember 2013. Seminar ini membincangkan hasil penemuan yang telah dikumpul untuk tujuan mendokumentasi Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi yang telah diadakan pada 8 – 13 Julai 2012.

Sekitar Sambutan Majlis Berbuka Puasa JPNT 2013

puasa2

Yang Berusaha Pengarah Perhutanan Negeri, Haji Azmi Nordin menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim diiringi Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara, Encik Shafie bin Mahamud @ Bahari. Anjuran Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara.

 

Bersempena dengan Ramadhan Al-mubarak kali ini, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan 3 majlis berbuka puasa pada 21 Julai 2013 (Kuala Berang), 23 Julai 2013 (Kuala Terengganu) dan 28 Julai 2013 (Dungun). Majlis ini diadakan bertujuan bagi memberkati bulan yang mulia ini, kerana ia turut diiringi dengan ceramah agama, majlis tahlil, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga solat tarawikh, selain mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan jabatan.

 

puasa1

Sesi tazkirah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Anjuran Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat.

 

 

puasa3

Sekitar majlis tahlil di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, Dungun anjuran Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan.

 

 

Majlis Penyampaian Kandat, Persaraan Kakitangan Tahun 2013, dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012

APC

Pada 4 Julai 2013, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan satu acara iaitu Majlis Penyampaian Kandat, Persaraan Kakitangan Tahun 2013, dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 yang telah diadakan di Dewan Konvensyen, Tingkat 2 Blok Podium, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri, Tuan Haji Azmi bin Nordin. Seramai 58 orang kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 9 orang penerima kandat dan 25 orang kakitangan yang bersara Tahun 2013.Penganugerahan ini adalah satu tanda pengiktirafan jabatan kepada kakitangan terhadap prestasi kerja cemerlang yang telah disumbangkan kepada jabatan.

 

APC2

PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN/PENYELIDIKAN DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) DI SEMENANJUNG MALAYSIA

kajihutan

Pemohon daripada mana-mana organisasi/institusi/agensi yang berhasrat menjalankan kajian/penyelidikan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Menjalankan Kajian/Penyelidikan Dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Februari 2013.

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan satu (1) bulan sebelum tarikh kajian/penyelidikan kepada:

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.
Faks : 03-2692 5657

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Encik Shahrani bin Ahmad Zailan atau Puan Siti Khatijah binti Othman melalui emel shahrani@forestry.gov.my atau sitikhatijah@forestry.gov.my atau di talian telefon 03-2616 4488.

Pameran Karnival Pekan Budaya Dungun 2013

pameran dungun

 

Pada 14 - 20 Jun 2013, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Gerai Pameran sempena Karnival Pekan Budaya Dungun yang telah dirasmikan oleh Y.B. Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan & Koperasi Negeri Terengganu. Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.