soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Memperbaharui Ikrar dan Mesyuarat Agung PERSUKAT 2014

Pada 9 Februari, 2014 (Ahad), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Memperbaharui Ikrar Perkhidmatan Awam dan Acara Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi. Acara ini bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam. Acara ini disempurnakan oleh Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Sebelum acara dimulakan, terdapat Pemeriksaan Barisan dan Tabik Hormat olek Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Selain itu, terdapat juga penyampaian Anugerah Dendrologi Terbaik (Pengawas Hutan) 2013 iaitu seramai 4 orang penerima, Anugerah Dendrologi Terbaik (Pekerja Awam Khas) 2013 seramai 4 orang penerima dan seorang penerima bagi Anugerah Pekerja Cemerlang 2013.

 

Selepas selesai acara Memperbaharui Ikrar,  acara diteruskan dengan Mesyuarat Agung PERSUKAT Jabatn Perhutanan Negeri Terengganu Bil.1/2014. Antara agenda mesyuarat ini adalah memperkenalkan logo baru PERSUKAT JPNT.

 

 

 

Perarakan Maulidur Rasul

 

Pada 14 Januari  2014, bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, Selasa,  Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengikuti  Perarakan sempena Maulidur Rasul. Perarakan ini bermula dari Dataran Shah Bandar ke Stadium Negeri iaitu sejauh 2.5 km. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 35 peserta dari Jabatan Perhutanan Negeri serta peserta-peserta lain yang terdiri dari jabatan-jabatan awam dan swasta negeri Terengganu.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 JPSM

apc raya2013Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri G. Palanivel sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Semua Warga Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dijemput hadir.

Program Lawatan Ke Sabah

KUALA TERENGGANU, 26-29 Disember 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan Program Kerjasama Teknikal Dalam Bidang Rekreasi Dan Ekopelancongan Hutan Ke Jabatan Hutan Negeri Sabah dan Taman-Taman Sabah. Di dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan ekopelancongan sebagai penjana ekonomi Kerajaan Negeri, program lawatan ini disertai oleh 27 orang kakitangan Jabatan daripada pelbagai peringkat perjawatan yang berkhidmat samaada di Ibu Pejabat JPNT dan Daerah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Rekreasi.

Program ini melibatkan perkongsian maklumat dengan pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sabah dan pihak Pengurusan Taman-Taman Sabah didalam segala aspek berkaitan perhutanan. Jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua Jabatan ini ini amat penting untuk diaplikasikan di JPNT selain daripada mengeratkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua Jabatan. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat dan menimba pengetahuan dengan lebih mendalam berkaitan aspek perhutanan, pengurusan di kawasan rekreasi dan ekopelancongan di Sabah.

AUDIT PEMANTAUAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MC&I (HUTAN ASLI)

forest

Audit Pemantauan Pensijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) bagi FMU Terengganu akan dijalankan pada 2 -5 September 2013 oleh SGS (M) Sdn. Bhd. Standard MC&I (Hutan Asli) ini berdasarkan kepada beberapa Prinsip, Indikator, Aktiviti dan Verifiers dan penting untuk pengekalan sumber hutan di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.