soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Persaraan Kakitangan 2019

Pada 22 Ogos 2019 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Majlis Persaraan Kakitangan 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT. Seramai 42 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 dan seramai 43 kakitangan pencen wajib Tahun 2019. Manakala persaraan pilihan adalah seramai 7 kakitangan.

majlisAPC 1 website

majlisAPC 2 website

majlisAPC 4 website

majlisAPC 5 website

Program Kesedaran Mencintai Alam Sekitar

Pada 27 Mei 2019 (Isnin) Bersamaan 22 Ramadhan 1440 H, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat telah menganjurkan Program Kesedaran Mencintai Alam Sekitar di bawah Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) bertempat Bazar Ramadhan Kuala Berang. Turut serta dalam program ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu) dan En. Mohd Asri Bin Yussof (Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat). Pada program tersebut, YBrs. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu telah menyerahkan anak pokok dan bubur lambuk kepada orang awam.

programCEPA PHDTB1

programCEPA PHDTB2