Tiada Berita Pada Masa Ini-Mei 2020
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah
Pada 28 Januari 2020 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Tentatif yang telah dilaksanakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan ialah ucapan amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, En. Muhamad bin Abdullah. Manakala tentatif yang telah dilaksanakan pada Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah ialah Melafazkan Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Oleh Pegawai-pegawai Kanan dan Penyerahan Buku “Rasuah Dihina, Integriti Dibina” Oleh Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Terengganu, PPj Zainal bin Ayop dan Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, En. Jamaluddin bin Puteh.
Sesi Dialog Pengarah Perhutanan Negeri Bersama Pembalak-Pembalak Negeri Terengganu
Pada 24 Februari 2020 (Isnin), satu Sesi Dialog Pengarah Perhutanan Negeri Bersama Pembalak-Pembalak Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Besar, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Batu Enam. Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, En. Muhamad Bin Abdullah. Objektif utama program ini adalah untuk memaklumkan beberapa perkara berkaitan dengan aktiviti pembalakan dan membincangkan isu-isu berbangkit dalam kalangan pembalak.
Kursus Dendrologi Bil.1/2020
Pada 14 hingga 16 Januari 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Dendrologi Bil.1/2020 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Chalok, Setiu. Seramai 33 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada Penolong Pegawai Hutan Renj, Pengawas Hutan dan Pembantu Awam. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan Jabatan dalam membuat pengecaman pokok dan daun terutamanya spesies balak terkemuka. Penceramah yang dijemput untuk mengajar adalah Renjer Salleh bin Endot.