soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Program Hari Keluarga 2016

Pada 22 Disember 2016 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Hari Keluarga 2016 bertempat Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang. Program ini merupakan anjuran Persatuan Sukan Dan Kebajikan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT). Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah ceramah motivasi “Memupuk Keluarga Bahagia”, acara sukaneka dan cabutan bertuah. Turut serta dalam aktiviti ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu) dan keluarga, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Hari keluarga1

Hari keluarga2

Hari keluarga3

Hari keluarga4

Hari keluarga5

 

 

 

 

Kursus Pemantapan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

Pada 1 November 2016 hingga 3 November 2016, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Kursus Pemantapan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008”. Kursus tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Sekayu dan disertai oleh pegawai dan kakitangan pakaian seragam Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Peserta kursus diberi pendedahan berkaitan pemahaman dan prosedur kaualiti bagi Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.

kursusMS ISO1

kursusMS ISO2

kursusMS ISO4

Lawatan Ladang Karas, Merchang

Pada 3 Oktober 2016 (Isnin), Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid telah mengadakan lawatan kerja bertempat di Ladang Karas, Merchang. Turut serta dalam lawatan ini ialah En. Mohd Fauzi Bin Awang Mat (Penolong Pegawai Ladang). Tujuan lawatan ialah untuk meninjau teknik-teknik inokulum.

lawatanladangkaras1 603x452

lawatanladangkaras2 603x452

lawatanladangkaras3 603x452

lawatanladangkaras4 603x452