soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah

Pada 28 Januari 2020 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Tentatif yang telah dilaksanakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan ialah ucapan amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, En. Muhamad bin Abdullah. Manakala tentatif yang telah dilaksanakan pada Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah ialah Melafazkan Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Oleh Pegawai-pegawai Kanan dan Penyerahan Buku “Rasuah Dihina, Integriti Dibina” Oleh Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Terengganu, PPj Zainal bin Ayop dan Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, En. Jamaluddin bin Puteh.

M PB1 1

M IBR14 2

M IBR3 4

 

M IBR6 8

M IBR8 5

M IBR12 6

M IBR1 7

 

 

 

Kursus Dendrologi Bil.1/2020

Pada 14 hingga 16 Januari 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Dendrologi Bil.1/2020 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Chalok, Setiu. Seramai 33 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada Penolong Pegawai Hutan Renj, Pengawas Hutan dan Pembantu Awam. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan Jabatan dalam membuat pengecaman pokok dan daun terutamanya spesies balak terkemuka. Penceramah yang dijemput untuk mengajar adalah Renjer Salleh bin Endot.

kursus1 500x400

kursus2 500x400

kursus3 500x400

kursus4 500x400

 

Sesi Perjumpaan Dan Ramah Mesra Tuan PPN Bersama Warga PHDTU

Pada 6 Januari 2020 (Isnin), Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara (PHDTU) telah mengadakan Sesi Perjumpaan Dan Ramah Mesra Tuan Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) Bersama Warga PHDTU. Program tersebut telah diadakan di Taman Eko Rimba (TER) Lata Tembakah, Besut. Turut terlibat dalam program ini ialah YBrs. En. Muhamad bin Abdullah (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), En. Wan Radzi bin Wan Abdullah (Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara) dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

sesiPPNbersamaPHDTU 1 500x400

sesiPPNbersamaPHDTU 2 500x400

Taklimat Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan

Pada 1 Disember 2019 (Ahad), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan bertempat Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu baharu, En. Muhamad bin Abdullah telah mula melapor diri pada 1 Disember 2019. Warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

perjumpaanPengarah2baru

perjumpaanPengarah1baru