Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan
Pada 1 Januari 2019 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat Perjumpaan Pengarah Perhutanan Dengan Pegawai Kanan bertempat Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu baharu, En. Mohd Rahim Bin Rani telah mula melapor diri pada 1 Januari 2019. Warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Persaraan Kakitangan 2018
Pada 13 September 2018 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Majlis Persaraan Kakitangan 2018 bertempat di Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT. Aktiviti yang lain ialah “Program Kuca Sure” sempena Communication, Education And Public Awareness (CEPA).
Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Di Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut
Pada 9 Oktober 2018 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut telah menganjurkan Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) bertempat Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, Besut. Turut serta dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh, pegawai-pegawai kanan dan guru serta pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Landak Jerteh. Antara aktiviti yang diadakan ialah penanaman pokok dan gotong-royong. Tujuan utama program ini diadakan untuk menyemai semangat cintakan alam sekitar.
Majlis Penanaman Pokok (CEPA) Siri 4 Sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia Peringkat Sekolah
Pada 29 Ogos 2018 (Rabu), Majlis Penanaman Pokok (CEPA) Siri 4 Sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia Peringkat Sekolah Anjuran Bersama Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat Dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu telah diadakan bertempat Sekolah Kebangsaan Sungai Berua.Turut serta dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ahmad Fadzil Bin Abdul Majid, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.
More Articles...
- Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Di Sekolah Menengah Sains Setiu, Terengganu
- Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Wisma Negeri Terengganu 1439 H/2018
- Program “Ihya Ramadhan”, CSR Dan Perjumpaan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
- Majlis Penyerahan Barangan Terpakai 2018