soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Pada 20 Mac 2016 (Ahad), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Bil.1/2016 bertempat di Dewan Trisha, Aras 3, My Hotel, Pekan Kuah, Langkawi. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

MBJ-1

MBJ-2

MBJ-3

Kursus Mensurasi Hutan Dan Ukuran Tanah

Pada 29 Februari 2016 hingga 3 Mac 2016, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Kursus Mensurasi Hutan Dan Ukuran Tanah”. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Perhutanan Chalok. Peserta kursus terdiri daripada kakitangan pakaian seragam dan kontraktor.

Kursus Mensurasi1

Kursus Mensurasi2

Kursus Mensurasi3

Kursus Mensurasi4

Lawatan Kerja Ke Tapak Baru Balai Pemeriksaan Hutan Besut, Tapak Semaian Chalok dan Tapak Sitaan Chalok

Pada 03 Februari 2016 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti “Lawatan Kerja Ke Tapak Baru Balai Pemeriksaan Hutan Besut, Tapak Semaian Chalok dan Tapak Sitaan Chalok. Tujuan lawatan bagi menyelesaikan masalah berkenaan penggunaan balai pemeriksaan sementara dan pelaksanaan tapak semaian tambahan di Pusat Latihan Perhutanan Chalok. Turut serta dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Perhutanan dan pegawai kanan.

LawatanTapakBalai

Perbincangan di Pusat Latihan Perhutanan Chalok bagi cadangan tapak semaian tambahan.

LawatanTapakSemaian

Kursus Garis Panduan Jalan Hutan

Pada 22 Februari 2016 hingga 24 Februari 2016, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Kursus Garis Panduan Jalan Hutan”. Kursus tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Sekayu dan Hutan Simpan Rasau Kertih. Peserta kursus terdiri daripada kakitangan pakaian seragam, kontraktor dan KPKKT.

Kursus Jalan Hutan 1

Kursus Jalan Hutan 2

Kursus Jalan Hutan 3

Bengkel Perancangan Dan Pembangunan Gunung Chemerong-Berembun-Langsir (CBL)

Pada 23-25 Januari 2016 (Sabtu-Isnin), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Bengkel Perancangan Dan Pembangunan Gunung Chemerong-Berembun-Langsir (CBL)” bertempat di Ulek Beach Resort, Dungun Terengganu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapat maklumbalas daripada stakeholder yang terlibat dengan aktiviti pendakian gunung di Negeri Terengganu dan penambahbaikan pengurusan yang sediada serta memantapkan pengurusan CBL. Bengkel ini telah disertai oleh 38 orang peserta yang terdiri daripada 14 orang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan 24 orang pengiat rekreasi.

Peserta bengkel mendergar penerangan yang disampaikan oleh En. Khairuddin Bin Perdan, Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan.

bengkelCBL1

Pembentangan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun berkaitan peranan agensi masing-masing.

bengkelCBL2

Majlis penutup bengkel perancangan dan pembangunan CBL dan sesi bergambar bersama YBhg Dato’ Haji Azmi Bin Nordin.

bengkelCBL3

bengkelCBL4