soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Ceramah Maulidur Rasul Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan PERSUKAT

Pada 23 Disember 2015 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan ceramah maulidur rasul 1437H/2015M bertempat di Dewan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Roslim bin Ja’afar, Imam Masjid Sultan Ismail Chendering, Kuala Terengganu. Selepas ceramah maulidur rasul, acara penyampaian hadiah kejohanan Sukan PERSUKAT telah diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Juara keseluruhan kejohanan sukan PERSUKAT 2015 telah dimenangi oleh ibu pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

ceramahmaulidur1

ceramahmaulidur2

Penyampaian hadiah kejohanan Sukan PERSUKAT

hadiahpersukat2

hadiahpersukat1

Aktiviti “Permainan Sukan Dalaman PERSUKAT 2015”

Pada 19 Disember 2015 (Sabtu), Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah mengadakan aktiviti “Permainan Sukan Dalaman PERSUKAT 2015”. Empat acara permainan yang terlibat iaitu congkak, ping pong, karom dan dart. Semua acara permainan telah diadakan di Dewan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam. Aktiviti ini melibatkan ahli PERSUKAT dari Ibu Pejabat Hutan Negeri Terengganu, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara Ahli PERSUKAT.

Permainan Congkak

congkak1

Permainan Karom

karom1

Permainan Ping Pong

PingPong1

Permainan Dart

Dart1

 

 

 

 

Lawatan Kerja Taman Rimba Bandar Bukit Bauk

Pada 16 Disember 2015 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti “Lawatan Kerja Taman Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun”. Lawatan tersebut merupakan aktiviti bagi Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Bil.3/2015. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan pada 15 Disember 2015, 8.00 malam bertempat Dewan Sri Nibong, Rumbia Resort Villa Paka, Dungun. Taklimat lawatan kerja Taman Rimba Bandar Bukit Bauk telah disampaikan oleh En. Khairuddin Bin Perdan iaitu Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan. Turut serta dalam lawatan ini ialah ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

lawatanbukitbauk1

lawatanbukitbauk2

Sesi Demonstrasi Perhidmatan Unmanned Aerial Vehicle (UAV)

Pada 16 Disember 2015 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menghadiri Sesi Demonstrasi Perhidmatan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) bertempat Kelab Golf Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Demontrasi telah disampaikan oleh Syarikat Feisty Unmanned Solutions Sdn. Bhd. Perkhidmatan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) merupakan Pandu Uji Pesawat Tanpa Memandu atau dikenali sebagai Drone. Turut hadir dalam sesi demontrasi ini ialah YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu) dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

demonstrasiDrone1

demonstrasiDrone2

demontrasiDrone3

Aktiviti “Kejohanan Badminton dan Sepak Takraw PERSUKAT 2015”

Pada 12 Disember 2015 (Sabtu), Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah mengadakan aktiviti “Kejohanan Badminton dan Sepak Takraw PERSUKAT 2015”. Aktiviti kejohanan badminton telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Manakala bagi aktiviti kejohanan sepak takraw bertempat di Dewan Komuniti Kuala Berang. Aktiviti ini merupakan sukan tahunan yang dirancang oleh PERSUKAT untuk Tahun 2015. Upacara majlis perasmian pertandingan ini dikelolai oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Aktiviti ini melibatkan ahli PERSUKAT dari Ibu Pejabat Hutan Negeri Terengganu, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Keputusan keseluruhan bagi acara kejohanan badminton dan sepak takraw, Johan disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Naib Johan dimenangi oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara.

Kejohanan Badminton

badminton1

badminton2

Kejohanan Sepak Takraw

sepaktakraw1

sepaktakraw2