soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Aktiviti “PERSUKAT Golf Challenge 2015”

Pada 28 November 2015 (Sabtu), Persatuan Kebajikan Dan Sukan (PERSUKAT) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti “PERSUKAT Golf Challenge 2015”. Program tersebut diadakan di Golf Resort Tok Jembal Gong Badak, Kuala Terengganu. Turut serta dalam program ini ialah ahli PERSUKAT di bahagian ibu pejabat, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

Aktiviti golf1

Aktiviti golf2

Aktiviti golf3

Aktiviti golf4

 

Aktiviti “PERSUKAT Bowling Challenge 2015”

Pada 23 November 2015, Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah mengadakan aktiviti “PERSUKAT Bowling Challenge 2015” yang bertempat di U-Bowl, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu. Pertandingan ini diadakan bagi memenuhi perancangan dan aktiviti sukan tahunan yang dirancang oleh PERSUKAT. Upacara majlis perasmian pertandingan ini dikelolai oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Dua acara telah dipertandingkan iaitu satu acara berkumpulan lelaki dan satu acara berkumpulan wanita. Sebanyak 11 kumpulan telah mengambil bahagian. Ibu Pejabat Hutan Negeri Terengganu, Pejabat Hutan Daerah Selatan dan Pejabat Hutan Daerah Utara telah menghantar tiga wakil kumpulan masing-masing iaitu, dua kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita. Manakala Pejabat Hutan Daerah Barat hanya menghantar dua kumpulan lelaki sahaja. Bagi acara berkumpulan lelaki, Johan disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Utara, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Ibu Pejabat. Seterusnya bagi acara berkumpulan wanita, Johan juga disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Utara, tempat kedua disandang oleh Pejabat Hutan Daerah Selatan dan tempat ketiga disandang oleh Ibu Pejabat. Selain memenuhi aktiviti tahunan PERSUKAT, pertandingan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pegawai jabatan perhutanan antara daerah dengan mengenali pegawai hutan dari daerah lain dan juga sekaligus dapat menjadikan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Bowling 2

 

Program “Kacau Sure” Anjuran Persatuan Kebajikan Dan Sukan (PERSUKAT) JPNT

Pada 8 November 2015 (Ahad), Persatuan Kebajikan Dan Sukan (PERSUKAT) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan program “Kacau Sure”. Program tersebut diadakan di Perkarangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat. Turut serta dalam program ini ialah ahli PERSUKAT di bahagian ibu pejabat, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Program ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara Ahli PERSUKAT.

program ks1

program ks2

program ks3

program ks4

Program Meningkatkan Integriti Dan Mengurangkan Ketirisan Dalam Sektor Perhutanan

Pada 23 November 2015 (Isnin), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Meningkatkan Integriti Dan Mengurangkan Ketirisan Dalam Sektor Perhutanan. Program ini telah diadakan di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu,Kuala Berang. Ceramah integriti telah disampaikan oleh En. Celemans Bin Haji Kasim, Senior Superintendent Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Forum Integriti turut diadakan selepas aturcara ceramah integriti. Tiga panel yang terlibat dalam Forum Integriti iaitu YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), Y.M Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Terengganu. Turut hadir dalam program ini ialah pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Integriti 1

Integriti 2

Integriti 3

Majlis Pelancaran Ganu Inokulum Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Pada 03 November 2015 (Selasa), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Pelancaran Ganu Inokulum Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Majlis tersebut diadakan di Dewan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu Enam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Haji Nawi Bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, pegawai kanan, kakitangan dan penanam pokok karas. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah demostrasi penginokulasi pokok karas. Penerangan demostrasi penginokulasi pokok karas telah disampaikan oleh En. Mohd Fauzi Bin Awang Mat (Penolong Pegawai Ladang) dan dibantu kakitangan Unit Ladang.

Perasmian Inokulum1

Perasmian Inokulum2

Perasmian Inokulum3

Perasmian Inokulum4

Perasmian Inokulum5

Perasmian Inokulum7

Perasmian Inokulum8