soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Sesi Slot Wawancara Dengan Radio RTM FM

Pada 2 November 2015, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin telah menghadiri sesi slot wawancara bersama dengan Radio Malaysia Terengganu FM (RTM). Sesi slot wawancara telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi. Tujuan sesi slot wawancara bersama dengan Radio RTM Fm ialah untuk menghebahkan Majlis Pelancaran Ganu Inokulum Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Antara temubual yang disampaikan oleh PPN Terengganu ialah beliau berharap penanaman pokok karas dapat meningkatkan ekonomi dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan membantu masyarakat yang ingin melibatkan dengan penanaman pokok karas.

Temuramah RTM

Ceramah Integriti Oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Pada 22 Oktober 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan ceramah integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Yuslin Bin Yusoff, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuala Terengganu. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah ialah “ Rasuah Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa”. Turut hadir dalam ceramah tersebut ialan YBg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Tujuan ceramah ini diadakan ialah untuk mewujudkan sikap kakitangan yang integriti tinggi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

ceramah integriti1

ceramah integriti2

Penceramah : Encik Mohd Yuslin Bin Yusoff

ceramah integriti3

Kursus Mencari dan Menyelamat

Pada 28 September 2015 hingga 1 Oktober 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Mencari dan Menyelamat. Kursus tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Sekayu dan disertai oleh kakitangan pakaian seragam. Kursus tersebut memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai cara mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat dalam bencana seperti sesat dalam hutan dan lemas.

kursus menyelamat1

kursus menyelamat2

kursus menyelamat3

kursus menyelamat4

kursus menyelamat5

kursus menyelamat6

 

 

Penyerahan Tablet Microsoft Surface Pro 3

Pada 21 Oktober 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan penyerahan tablet microsoft surface pro 3 kepada wakil Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan. Penyerahan tablet telah disampaikan oleh Ybg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Tujuan penyerahan tablet microsoft surface pro 3 adalah untuk kegunaan sistem pre-f dan tagging dilapangan.

penyerahan utara

penyerahan barat

penyerahan selatan

Kursus Asas Komputer

Pada 13 September 2015 hingga 15 September 2015, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Asas Komputer. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan ICT Negeri, Paya keladi dan disertai oleh kakitangan pakaian seragam, pentadbiran dan kewangan. Kursus tersebut memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai asas komputer.

kursus komputer1

kursus komputer2

kursus komputer3

kursus komputer4