Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat (PHDTB) dan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS) telah menyertai Pameran Karnival Pekan Budaya 2015. Pameran Karnival Pekan Budaya Hulu Terengganu (Kuala Berang) telah berlangsung pada 2.9.2015 hingga 8.9.2015 dan Pameran Karnival Pekan Budaya Dungun telah berlangsung pada 4.9.2015 hingga 10.9.2015. Gerai pameran PHDTB bertemakan ‘Sketsa Seorang Rimbawan’. Manakala gerai pameran PHDTS bertemakan ‘Konsep Daun Palas Kipas’. Bagi pertandingan Gerai Pameran Karnival Pekan Budaya 2015, PHDTB telah mendapat tempat ke-8, manakala PHDTS mendapat tempat ke-3 . Pameran Karnival Pekan Budaya Hulu Terengganu (Kuala Berang) telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Ybg. Dato’ Osman Muda. Manakala Pameran Karnival Pekan Budaya Dungun telah dirasmikan oleh Ybg. Dato' Haji Mohd Yasim Bin Awang, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.
Suasana Pameran Karnival Pekan Budaya Hulu Terengganu (Kuala Berang)



Suasana Pameran Karnival Pekan Budaya Dungun


