soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Pokok Karas

Pada 9 Mei 2016 (Isnin), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Pokok Karas di Pusat Penyelidikan Pokok Karas Merchang diantara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Syarikat Rural Asset Development Sdn. Bhd. Majlis tersebut diadakan di Tingkat 8, Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Sebanyak 221 pokok karas telah dipajakkan kepada Syarikat Rural Asset Development Sdn. Bhd di Blok E, Pusat Penyelidikan Karas Merchang.

PerjanjianKaras1

PerjanjianKaras2

PerjanjianKaras3

PerjanjianKaras4

PerjanjianKaras5

 

Aktiviti Tanaman Anak Pokok

Pada 4 dan 7 Mei 2016, Pejabat Renj. Setiu telah mengadakan “Aktiviti Tanaman Anak Pokok” bertempat di Kompt 22, HSK Bukit Kesing dan SMK. Imtiaz, Setiu. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah kakitangan Pejabat Renj. Setiu.

Aktiviti Tanaman Anak Pokok di Kompt.22 HSK Bukit Kesing- 4 Mei 2016

ProgramTanamPokok-4

ProgramTanamPokok-5

Aktiviti Tanaman Anak Pokok di SMK Imtiaz Setiu- 7 Mei 2016

ProgramTanamPokok-1

ProgramTanamPokok-2

ProgramTanamPokok-3

Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2016

Satu Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 telah diadakan di Kuala Baharu, Kampung Mangkok, Setiu pada 19 April 2016. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee - Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan Kebudayaan Negeri Terengganu mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd.Rahman, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Nor Akhirrudin bin Mahmud - Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar & Pembangunan), YBhg Dato’ Haji Azmi Nordin - Pengarah Perhutanan Negeri, YBhg. Dato’ Dr. Dionysius S.K. Sharma - Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia dan pegawai-pegawai kanan. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan WWF, Kerajaan Negeri Terengganu, pelajar sekolah dan JKKK kampung berdekatan dan jabatan kerajaan. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan perarakan “Walk and Plant for Healthy Wetlands”, penanaman pokok rhu, pertunjukkan pameran dan pelepasan tuntung laut oleh YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee ke Laguna Setiu sempena perasmian Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2016.

Hari Hutan 2016-1

Hari Hutan 2016-2

Hari Hutan 2016-3

Hari Hutan 2016-4

Hari Hutan 2016-5

Hari Hutan 2016-6

Hari Hutan 2016-7

Hari Hutan 2016-8

Sesi Slot Wawancara Dengan Radio RTM Terengganu FM

Pada 17 April 2016 (Ahad), Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Nordin telah menghadiri sesi slot wawancara bersama dengan radio RTM Terengganu Fm. Sesi slot wawancara telah berlangsung pada pukul 12.15 tengahari. Tujuan sesi slot wawancara ialah untuk menghebahkan Program Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2016 yang akan diadakan pada 19 April 2016, bertempat di Kampung Mangkok, Setiu.

Slot RTM-17.04.2016

 

Perjumpaan Pengarah Perhutanan Negeri Bersama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu

Pada 30 Mac 2016 (Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan “Perjumpaan Pengarah Perhutanan Negeri Bersama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu” bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan cadangan penubuhan penugasan pasukan penyelamat (JPAM) di kawasan berisiko tinggi taman rekreasi air terjun Negeri Terengganu.

Perjumpaan PPN2