faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered

´╗┐

Quality Objectives JPNT

 * Note: Available in Malay Version Only

Logo Perhutanan
OBJEKTIF KUALITI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

Mempastikan  Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan seperti berikut:
i.    memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan hutan tidak melebihi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan;
ii.    memastikan aktiviti Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur dilaksanakan sekurang-kurangnya 80%  daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan;
iii.    memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur mencapai tahap piawaian tidak kurang daripada 90%;
iv.    memastikan Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi;
v.    memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu;
vi.    memastikan 80% daripada latihan/kursus dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan; dan
vii.    semua aduan pelanggan akan dijawab akuan terima dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
viii.    Memastikan 80% daripada peruntukan mengurus (B29) dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri dilaksanakan.
ix.    Memastikan 80% daripada peruntukan (B29 dan P29) pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri dilaksanakan