soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Pengenalan

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan membangunkan khazanah sumber hutan negeri. Justeru itu, adalah menjadi wawasan Jabatan untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan (PHSB). Pada masa ini, terdapat 654,625 ha kawasan berhutan di Negeri Terengganu Darul Iman. Daripada keluasan ini seluas 544,118 ha telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Oleh yang demikian, adalah penting bagi Jabatan ini untuk beru saha mencapai wawasan tersebut dan memenuhi aspirasi negara di mana sektor perhutanan akan terus menjadi penyumbang utama kepada perindustrian dan pembangunan sosio-ekonomi negara. Ianya dapat dicapai melalui pengekalan keseimbangan ekologi dan memelihara kestabilan alam sekitar.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga bertindak bagi menyediakan lesen pengeluaran kayu-kayan balak dan hasil hutan dalam kawasan HSK, tanah kerajaan dan tanah milik serta pelesenan dan pemantauan kilang-kilang Industri Berasaskan Kayu (IBK). Jabatan juga giat menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 khususnya dalam pencegahan pembalakan haram dan aktiviti pemprosesan kayu secara haram. Jabatan turut berperanan dalam sektor eko-pelancongan menerusi penubuhan dan penyelenggaraan 12 kawasan hutan lipur di seluruh Negeri Terengganu.