soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Penubuhan HCVA

PENUBUHAN KAWASAN "HIGH CONSERVATION VALUE AREA" (HCVA) ATAU KAWASAN MEMPUNYAI NILAI PEMELIHARAAN YANG TINGGI

Kawasan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVA) ditakrifkan sebagai suatu kawasan hutan yang mempunyai nilai ekonomi, nilai persekitaran dan sosial, serta Kawasan hutan yang dianggap luar biasa atau sangat tinggi tanap kepentingan nilainya dan dikategorikan sebagai kawasan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Penentuan HCVA adalah berdasarkan ciri-ciri seperti berikut:

(a) Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi penumpuan nilai-nilai kepelbagaian biologi yang tinggi pada peringkat global, serantau atau nasional; dan/atau hutan-hutan pada peringkat lanskap yang besar, di dalamnya mengandungi unit pengurusan, dimana kebanyakan atau semua populasi yang mampu hidup sendiri ditemui dalam bentuk semulajadi berdasarkan kepada penyebaran dan kuantitinya yang banyak;

i. kepentingan flora merujuk kepada spesies flora dalam kategori sangat terancam (Critically Endengered dan endemik di Kawasan tertentu sahaja.

ii. kepentingan fauna yang mana satu atau lebih ciri-ciri kepentingan biologi yang istimewa seperti kuban badak, jenut semulajadi, Kawasan persinggahan burung hijrah, Kawasan bersarang burung enggan, dan guan bagi habitat kelawar.

(b) Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ekosistem yang jarang ditemui, terancam atau berada dalam keadaan bahaya berdsarkan kajian saintifik dan penulisan ilmiah.

(c) Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas semulajadi dalam situasi kritikal seperti kawalan hakisan dan penghalang kebakaran.

(d) Kawasan-kawasan hutan yang membekalkan keperluan asas masyarakat tempatan dan/atau secara kritikal kepada identiti budaya masyarakat tempatan seperti takungan air masyarakat kawasan yang mempunyai kepentingan kebudayaan, keagamaan dan tanah perkuburan.

Oleh itu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengenalpasti dan mendaftarkan tiga (3) lokasi sebagai kawasan HCVA seperti berikut:

Kawasan HCVALokasiDaerah Hutan
Ciri-ciri Istimewa

Neobalanocarpus heimii

(Chengal Besar)

Kompt. 5, HS Pasir Raja

Luas (ha) : 4.0

Terengganu SelatanDirekodkan sebagai Pokok Chengal terbesar di Semenanjung Malaysian Book Of Records (2001) ,dan kawasan tarikan pelancongan di Negeri Terengganu.
Dipterocarpus sarawakensis (Keruing Layang)

Kompt. 31, HS Jerangau

Luas (ha) : 63.0

Terengganu BaratKawasan ini mengandungi spesies pokok Keruing Layang yang merupakan spesies Critically Endengered (CR).

Johannesteijsmannia altifrons

(Pokok Sal)

Kompt. 34, HS Jerangau

Luas (ha) : 4.0

Terengganu BaratKawasan yang mempunyai taburan pokok sal yang unik dan perlu dilindungi.

Pemantauan keatas kawasan ini dibuat secara berkala sekurangannya dua (2) kali setahun oleh Pegawai Hutan Dearah. Tujuan pemantauan ialah bagi mengelakkan pencerobohan dan tinjauan keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sempadan dan papan tanda.

Berikut merupakan gambar Johannesteijsmannia altifrons (Pokok Sal) :

gmbarHCVF 1

gmbarHCVF 2

Berikut merupakan gambar Dipterocarpus sarawakensis :

gmbarHCVF 3

gmbarHCVF 4