Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Dan Apresiasi Persaraan 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Pada 28 November 2021 (Ahad), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Dan Apresiasi Persaraan 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Roslan bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu) dan YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi & Teknikal)) serta pegawai-pegawai kanan. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerah kepada penjawat awam bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan terhadap kualiti/kuantiti yang diberikan melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Manakala Apresiasi Persaraan bagi menghargai pesara yang telah berkhidmat dalam kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah. Seramai 40 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 dan seramai 39 pesara termasuk lima kakitangan gemulah/ meninggal dunia. Pengarah Perhutanan Negeri merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan menghargai pesara yang telah berkhidmat dengan jabatan.