faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2024

backdropProgramKickOFF29022024 900x375

29 Februari 2024, Khamis:

Majlis Kick Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 2024 telah diadakan bertempat di  Kem Seri Pantai, Battalion 18, RAMD (Para) . Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama
Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus.

Sejumlah lebih kurang 1,500 pokok hutan dan lain-lain spesies  telah ditanam di sekitar kawasan Kem Seri Pantai ini. Antara spesies pokok hutan yang ditanam adalah Merawan Siput Jantan, Merawan Bunga, Penaga Lilin, Rhu, Dungun, Melinjau dan Bursida. Terdapat juga pokok buah-buahan seperti Sentul, Kerdas, Kundang, Durian Belanda, Durian Kampung, Nangka, Jambu Arang, Mempelam dan Mata Kucing yang telah ditanam dan akan ditanam di sini pada hari ini.

Pihak kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu berganding bahu bersama-sama anggota PARA, Kem Seri Pantai  telah empat (4) hari berkampung di sini, menanam pelbagai spesies pokok bermula 25 hingga 28 Februari 2024 dan kemuncaknya pada hari ini yang menyaksikan penanaman pokok Beruas oleh Yang Berbahagia Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang merupakan pokok Ke-1,300,000  ditanam di Negeri Terengganu sepanjang Kempen Penghijauan Malaysia sebagai simbolik perasmian Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024.

Turut hadir pada Majlis Kick Off pada hari ini adalah Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Zulkifli bin Raub, Ketua Staf Am, Markas 10 Briged (PARA), Yang Berusaha Encik Azran Amin bin Mazlan, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ketua-ketua Jabatan , Wakil-wakil Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Dan Pegawai-pegawai Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai.

Program turut diserikan dengan acara mewarna dan menanam pokok oleh anak -anak pegawai Jabatan Perhutanan Dan pegawai Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai.

Koleksi gambar program. Sila klik :

https://drive.google.com/drive/folders/157dJ2u9EWAKcOOE74lSykUGcePccfMlY?usp=sharing