faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 18 Mei 2024 (Sabtu) bertempat di Payang Walk, Dataran Syah Bandar, Kuala Terengganu.

Sejumlah 201 pokok ( 1 pokok Merbau dan 200 pokok Kelat Paya) telah ditanam di sekitar kawasan Payang Walk. Program ini melibatkan seramai lebih kurang 80 orang peserta.

1ProgramPenanamanPokok 500x400

2ProgramPenanamanPokok 500x400

4ProgramPenanamanPokok 500x400

6ProgramPenanamanPokok 500x400

 

Program penanaman 100 juta pokok - CEPA PHDTU

Program CEPA kolaborasi antara JPNT (PHDTU) dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu di Sek Men Sains Setiu pada 18.5.2024. Sebanyak 320 pokok pelbagai spesies telah ditanam daripada 640 pokok yang disasarkan dan program telah mencapai matlamatnya.

programCEPA1 500x400

programCEPA2 500x400

programCEPA3 500x400

programCEPA4 500x400

programCEPA5 500x400

Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2024

backdropProgramKickOFF29022024 900x375

29 Februari 2024, Khamis:

Majlis Kick Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 2024 telah diadakan bertempat di  Kem Seri Pantai, Battalion 18, RAMD (Para) . Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama
Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus.

Sejumlah lebih kurang 1,500 pokok hutan dan lain-lain spesies  telah ditanam di sekitar kawasan Kem Seri Pantai ini. Antara spesies pokok hutan yang ditanam adalah Merawan Siput Jantan, Merawan Bunga, Penaga Lilin, Rhu, Dungun, Melinjau dan Bursida. Terdapat juga pokok buah-buahan seperti Sentul, Kerdas, Kundang, Durian Belanda, Durian Kampung, Nangka, Jambu Arang, Mempelam dan Mata Kucing yang telah ditanam dan akan ditanam di sini pada hari ini.

Pihak kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu berganding bahu bersama-sama anggota PARA, Kem Seri Pantai  telah empat (4) hari berkampung di sini, menanam pelbagai spesies pokok bermula 25 hingga 28 Februari 2024 dan kemuncaknya pada hari ini yang menyaksikan penanaman pokok Beruas oleh Yang Berbahagia Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang merupakan pokok Ke-1,300,000  ditanam di Negeri Terengganu sepanjang Kempen Penghijauan Malaysia sebagai simbolik perasmian Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024.

Turut hadir pada Majlis Kick Off pada hari ini adalah Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Zulkifli bin Raub, Ketua Staf Am, Markas 10 Briged (PARA), Yang Berusaha Encik Azran Amin bin Mazlan, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ketua-ketua Jabatan , Wakil-wakil Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Dan Pegawai-pegawai Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai.

Program turut diserikan dengan acara mewarna dan menanam pokok oleh anak -anak pegawai Jabatan Perhutanan Dan pegawai Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA), Kem Seri Pantai.

Koleksi gambar program. Sila klik :

https://drive.google.com/drive/folders/157dJ2u9EWAKcOOE74lSykUGcePccfMlY?usp=sharing

 

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

29 JANUARI 2024 (ISNIN) - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bertempat Dewan Besar Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Batu 6, Kuala Nerus. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Norhaidi bin Yunus, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

Antara aturcara yang diadakan ialah bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam Tahun 2024, menandatangani  Ikrar Perkhidmatan Awam serta Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan penyampaian Sijil Pencapaian dan Sijil Anugerah Khas.

majlisAmanat2024 1

majlisAmanat2024 2

majlisAmanat2024 3

majlisAmanat2024 4

majlisAmanat2024 5

 

Sesi kunjungan hormat Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Sesi kunjungan hormat Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Terengganu bagi tujuan berkenalan dan beramah mesra telah diadakan pada 3 Disember 2023 (Ahad) jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Terengganu. Sesi beramah mesra dan bertukar pandangan mengenai hala tuju jabatan telah diadakan semasa kunjungan hormat ini.

1.kunjunganKeSPRM 500x400

2.kunjunganKeSPRM 500x400

 

3.kunjunganKeSPRM 500x400