soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Majlis Penutup Latihan Asas Teknikal Perhutanan Bagi Pegawai Lantikan Baharu : Penolong Pemelihara Hutan / Renjer Hutan Gred G29, Pengawas Hutan Gred G19 dan Pembantu Awam H11

Majlis Penutup Latihan Asas Teknikal  Perhutanan Bagi Pegawai Lantikan Baharu : Penolong Pemelihara Hutan / Renjer Hutan Gred G29, Pengawas Hutan Gred G19 dan Pembantu Awam H11
Tarikh Majlis : 31 Mei 2023 (Rabu)

Kursus ini bermula 8 mei 2023 hingga 31 Mei 2023 dan disertai oleh 40 orang pegawai lantikan baru yang terdiri daripada 8 orang Penolong Pemelihara Hutan / Renjer Hutan Gred G29, 28 orang Pengawas Hutan dan 4 orang Pembantu Awam.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran pegawai-pegawai lantikan baharu berkenaan tugas dan skop kerja dalam Jabatan Perhutanan secara teori dan amali di lapangan.

Gmbar1 500x400

Gmbar2 500x400

Gmbar7 500x400

Gmbar8 500x400

Gmbar9 500x400

Gmbar10 500x400

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H Jabatan Perhutanan NegeriTerengganu

KHAMIS, 11 MEI 2023: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 2023 bertempat di Pejabat Hutan Renj Besut, Kg Raja, Besut. Majlis ini berlangsung bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.

Turut diadakan ialah Pertandingan dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang Booth  Terbaik dan Pertandingan Pakaian Terbaik Peringkat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Pihak pentadbiran ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut dan terima kasih juga kepada semua yang dapat menghadirkan diri. Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan kerana ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhuwwah sekaligus membentuk budaya kerja yang baik dan harmoni.

1.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

2.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

3.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

4.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

5.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

6.gambarMjlisHariRayaJPNT 500x400

 

Video Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu 2023 : https://www.facebook.com/forestry.trg/videos/1684218315369896

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2023

Pada 21 Mac 2023, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan anjuran bersama Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah meraikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2023 di Muzium Negeri Terengganu dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Pelbagai program telah diadakan untuk memeriahkan sambutan iaitu Program Penanaman Pokok, Forestry Hiking Day dan Pameran Perhutanan Negeri Terengganu.

Tema Sambutan 2023 ialah Hutan & Kesihatan “Forest & Health”. Tema ini menekankan kepentingan hutan untuk kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Ini merangkumi fungsi dan perkhidmatan hutan terutamanya dalam mempertingkatkan ekosistem biodiversiti, perkhidmatan rekreasi dan manfaat kesihatan mental, sumber produk perubatan yang berasal dari hutan dan benteng kawalan perebakan penyakit. Hutan memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem alam. Hutan menyediakan pelbagai keperluan perkhidmatan seperti air dan udara bersih. Maka, tema ini dipilih sebagai tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa bagi tahun 2023 oleh Food and Agriculture Organization (FAO) dan tertepatan dengan kehendak dan aspirasi rakyat terhadap peranan hutan serta kepentingannya.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pejabat Penerangan Terengganu, Unit Penerangan Darul Iman, Media serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2023.

SambutanHHA2023-1 500x400

SambutanHHA2023-2 500x400

SambutanHHA2023-3 500x400

SambutanHHA2023-4 500x400

SambutanHHA2023-5 500x400

SambutanHHA2023-6 500x400

Majlis Perasmian Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu

Pada 02 Februari 2023, Majlis Perasmian Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2023 telah diadakan di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalung. Majlis dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan simbolik penanaman pokok yang ke 800,000 daripada spesies beruas (Garcinia hombroniana).

Program tanaman telah bermula pada 30 Januari 2023 dengan penglibatan pelajar daripada Kolej Universiti TATI, Kemaman telah berjaya menanam 2,000 pokok pelbagai spesies di sekitar DITC sebelum perasmian. Majlis turut dilengkapkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada agensi yang telah menyokong Program Penghijauan Malaysia tahun 2022, agihan anak pokok kepada wakil penduduk dan pameran daripada pelbagai agensi.

gmbar1 02022023 500x400

gmbar2 02022023 500x400

gmbar3 02022023 500x400

gmbar4 02022023 500x400