faqengJPNT | contactusJPNT| complaintsformJPNT| sitemapJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



MAJLIS ANUGERAH PERSADA INOVASI TERENGGANU TAHUN 2023

20 NOVEMBER 2023 (ISNIN) - Dua (2) Kumpulan iaitu Rhizo Lestari (Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan) dan Green Nursery Group (Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat) yang telah mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Pertandingan Kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) yang berlangsung pada 25 Oktober 2023 yang lalu. Masing-masing telah membentangkan produk Floating Nursery dan Sapling Incubator untuk dibentangkan di hadapan juri-juri yang bertauliah. Pertandingan kali ini telah disertai seramai 17 kumpulan daripada pelbagai agensi dalam Negeri Terengganu.

Kesemua peserta/kumpulan yang bertanding telah diraikan dalam satu majlis yang dinamakan Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu Tahun 2023 yang telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Rhizo Lestari dan Green Nursery Group telah dianugerahkan 4 bintang bagi pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Negeri Terengganu Tahun 2023 serta telah memperolehi Anugerah Khas Juri serta Anugerah Projek Harapan. Pihak jabatan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kedua-dua pasukan di atas kejayaan yang diperolehi. Semoga penganugerahan ini menjadi titik tolak buat Jabatan untuk lebih banyak menghasilkan inovasi di masa hadapan. Tahniah sekali lagi diucapkan!

#JabatanPerhutananNegeriTerengganu
#KumpulanInovatifDanKreatif
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

1.ProgramKIK2023 500x400

2.ProgramKIK2023 500x400

3.ProgramKIK2023 500x400

4.ProgramKIK2023 500x400

5.ProgramKIK2023 500x400

6.ProgramKIK2023 500x400

 

KEJOHANAN SUKAN PERSUKAT

07 Oktober 2023, Sabtu :- Persatuan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (PERSUKAT) telah menganjurkan Kejohanan Sukan PERSUKAT bertempat di Dewan MBFM Felda Kerteh 3 yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roslan bin Rani, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu.

Pelbagai acara sukan yang telah dipertandingkan iaitu Congkak, Catur, Karom, Dart, Dam Aji dan Badminton. Penglibatan peserta adalah melibatkan semua kakitangan di unit dan pejabat hutan daerah. Keputusan kejohanan mengikut acara adalah sepertimana berikut :-

Congkak :

Johan - PHDTS

Naib Johan - PHNT

Ketiga - PHDTB

Keempat - PHDTU

Catur :

Johan - PHNT

Naib Johan - PHDTB

Ketiga - PHDTS

Keempat - PHDTU

Karom :

Johan - PHDTS

Naib Johan - PHDTB

Ketiga - PHDTU

Keempat - PHNT

Dart :

Johan - PHDTB

Naib Johan - PHNT

Ketiga - PHDTS

Keempat - PHDTU

Dam Aji :

Johan - PHDTU

Naib Johan - PHNT

Ketiga - PHDTB

Keempat - PHDTS

Badminton :

Johan - PHDTU

Naib Johan - PHNT

Ketiga - PHDTS

Keempat - PHDTB

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.

Kejohanan2 PERSUKAT2023 500x400

Kejohanan4 PERSUKAT2023 500x400

Kejohanan7 PERSUKAT2023 500x400

Kejohanan9 PERSUKAT2023 500x400

Kejohanan10 PERSUKAT2023 500x400

 

 

PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) NEGERI TERENGGANU TAHUN 2023 (PERINGKAT SARINGAN)

KUALA TERENGGANU - Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Negeri Terengganu Tahun 2023 (Peringkat Saringan) telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2023 bertempat di Dewan Teater dan Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada tahun ini, pertandingan KIK melibatkan 33 penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi dalam Negeri Terengganu.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menghantar dua penyertaan iaitu daripada PHD Terengganu Barat (Green Nursery Group) dan PHD Terengganu Selatan (Rhizo Lestari). Tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan kerana telah berjaya layak ke peringkat akhir (best 17). Semoga kejayaan akan mengiringi hasil usaha dan kerja keras mereka selama ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Kumpulan : Green Nursery Group

1.KumpulanKIK PHDTB 500x400

2.KumpulanKIK PHDTB 500x400

3.KumpulanKIK PHDTB 500x400

4.KumpulanKIK PHDTB 500x400

Kumpulan : Rhizo Lestari

5.KumpulanKIK PHDTS 500x400

6.KumpulanKIK PHDTS 500x400

7.KumpulanKIK PHDTS 500x400

8.KumpulanKIK PHDTS 500x400