04 September 2023, Isnin : Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Dan Apresiasi Pesara 2023. Majlis telah diadakan di Dewan Batu Bersurat, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Indera Mohd Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerah yang diberikan kepada Penjawat Awam bagi menghargai dan mengikhtiraf sumbangan ke atas perkhidmatan kualiti/kuantiti yang diberikan melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Seramai 39 orang penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022.
Manakala, Apresiasi Pesara adalah bagi memberi penghargaan kepada Pesara sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah. Seramai 7 orang penerima bagi Apresiasi Pesara 2023.
Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Dan Apresiasi Pesara 2023 merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan jutaan terima kasih kepada semua dan individu yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.