soalan lazimJPNT | hubungiJPNT| aduanJPNT| petalamanJPNT

  • Bahasa Lain

greenbluered



Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS)

Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd telah mengadakan Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bertempat Dataran Taman Rekreasi Bukit Besi, Dungun. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) Sdn. Bhd, penanaman pokok dan taklimat berkaitan Central Forest Spine (CFS).

ProgramRoadshow1

ProgramRoadshow2

ProgramRoadshow3

ProgramRoadshow4

ProgramRoadshow6

ProgramRoadshow5

ProgramRoadshow8

ProgramRoadshow9

ProgramRoadshow10

ProgramRoadshow11

 

Majlis Kalungan Kasih Kenangan Budi Sempena Pertukaran Pengarah Perhutanan Negeri

Pada 29 September 2019 (Ahad), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Kalungan Kasih Kenangan Budi Sempena Pertukaran Pengarah Perhutanan Negeri, YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani bertempat Restoran Matahari. Pengarah akan bertukar ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai Pengarah Kanan Perancangan & Ekonomi Hutan  bermula 1 Oktober 2019. Warga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Maju Jaya bertugas di penempatan baru.

majlisPerpisahanPengarah 1 500x300

majlisPerpisahanPengarah 2 500x300

majlisPerpisahanPengarah 3 500x300

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Persaraan Kakitangan 2019

Pada 22 Ogos 2019 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Majlis Persaraan Kakitangan 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. En. Mohd Rahim bin Rani (Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu), pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JPNT. Seramai 42 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 dan seramai 43 kakitangan pencen wajib Tahun 2019. Manakala persaraan pilihan adalah seramai 7 kakitangan.

majlisAPC 1 website

majlisAPC 2 website

majlisAPC 4 website

majlisAPC 5 website

Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu

Pada 31 Ogos 2019, Jabatan Perhutanan Negeri Terenggan (JPNT)  telah menghantar sepasukan peserta bagi menyertai perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu. Perarakan tersebut bermula dari Stadium Sultan Nasiruddin Shah dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk. Kontinjen JPNT disertai oleh seramai 35 org kakitangan. Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah di atas komitmen yg telah diberikan oleh kontinjen JPNT bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Selamat Hari Merdeka yang ke- 62. "SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH"

gmbr1 500x300

Gambar3 500x300

Gambar4 500x300

Gambar5 500x300

Gambar7 500x300

Gambar9 500x300

Video Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu

video sambutanMerdeka2019